Friday 30 September 2011

Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan (Artikel iluvislam.com)


Batas Pergaulan Lelaki Dan Perempuan




alt
Pergaulan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram pada prinsipnya tidak dilarang Islam. Akan tetapi ia hendaklah berlaku di dalam lingkungan batasan-batasan yang telah ditetapkan.
Berikut kami paparkan di antara batassan pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram yang di gariskan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam fatwa Mu'asyirah :
1. Menahan pandangan dari dua belah pihak.
Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.(Surah al-Nur:30-31)
2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya.
Firman Allah yang bermaksud:
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka....(Surah al-Nur : 31)
Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.
3. Hendaklah menjaga adab-adab sebagai seorang muslimah dalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:
  1. Perkataan - elakkan daripada menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
  2. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
  3. Pergerakan - tidak melenggang-lenggok.
4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna-warna yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu di dalam batas-batas keperluan sahaja, tidak berlebih-lebihan.

Berikut pula adalah batasan-batsan yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah:
1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duaan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak.
2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah ke atas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki ke arah perkara-perkara yang tidak baik atau perasaan mereka.
3. Sentuhan fizikal - bersentuh lelaki dan perempuan.
Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa-apa majlis terebut.
Syiekh Muhammad al-Munajjid juga ada mengariskan beberapa batasan2 yang tertentu dalam pergaulan tersebut, diantaranya :
1. Elakkan dari berkata-kata perkara yang diluar topik perbincangan.
2. Tidak membuat lawak atau melembutkan suara.
3. Tidak bertanya mengenai perkara peribadi seperti umur dan seumpamanya.
4. Berhenti bercakap jika berlaku keinginan di dalam hati.
Kesimpulannya, lelaki dan wanita bukan mahram dibenarkan bergaul dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Pertemuan tersebut hanya berlaku berdasarkan keperluan, contohnya : keperluan belajar, berdakwah, merawat pesakit dan seumpanya.

Friday 23 September 2011

Nama isteri dan anak Rasulullah

Isteri-isteri Rasulullah :
Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah



Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah


Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

HUKUM ORANG YANG TIDAK MEMBAYAR HUTANG

     Orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja jika tidak membayar hutang. Bayangkan, Nabi SAW  tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan. Bahkan doa orang yang tidak membayar hutang tidak akan diperkenankan. Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya ketika masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak. Bagaimanapun jika seseorang itu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.
     Sabda Rasulullah S.A.W. : Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya]. 
wallahu a'lam bissowab